Saturday, 2 March 2013

Episod mencari cinta?eeiii harusla sangat tajuk yang macam ni.....






Bismillahirrahmanirrahim...
wahai hati adakah anda bersedia untuk dilukai...?
Ramai yang mengatakan bahawa apabila kita cuba atau ingin meletakkan kasih sayang kita kepada seorang insan maka samalah kita membiarkan hati kita untuk dilukai..
Sahabat matrik saya dahulu pernah berkata  ,"sahabat... aku sayang akan kau...jangan libatkan diri mu dalam cinta manusia kerana ia  menyakitkan" ..Hmm saya  terfikir-fikir sampai kehari  ni.

Hal ini kerana ,diri ini tidak pernah terjebak dalam isu yang sebegitu...bukannya diri ini tidak ada fitrah untuk menyukai  orang yang bertentangan jantina...cuma saya hanya mampu berperang dengan perasaan sendiri..dari sekolah rendah sampai diri ini melangkah ke menara gading memang telah berjanji pada diri bahawa tidak akan mahu "BERCOUPLE".

Menyukai seseoarang itu sememangnyer normal pada semua orang.
Di University,

Perjumpaan yang pertama dan perkenalan yang pertama.

haritu adalah kelas yang pertama ..jika tidak silap saya..kelas oceanography.
Saya ternampak seseorang yang sedang berusaha membuka pintu yang berkunci dari dalam..dan saya berada di dalam ketika itu.
tidak tahu kenapa..saya keras meminta sesiapa menolongnya untuk membuka pintu tersebut..Adakah perasan itu bermula pada waktu itu? entah lah saya pun tidak pasti....orang nyer sederhana sahaja ..bagi saya sedap mata memandang dan perilakunya yang agak pendiam.kiranya sekali tengok (cam budak baik la)

Sahabat saya menceritakan perihalnya pada saya...
pada mulanya kami sangat jarang bercakap dan bercakap hal penting sahaja..

Perwatakannya berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya berkawan..

kami ditakdirkan satu group assignment yang sama (ketika itu dia rapat dengan sahabat baik saya)

dia seorang yang agak matang,straight forward cerewet,teliti,yang suka pada kesempurnaan pada sesuatu tugas,komitment dengan tugas dan sangat suka loyar buruk.. 
hehehe kantoi suka memerhati dia...

tapi malang nyer saya dah tahu yang dia telah ada yang istimewa dalam dirinya..hmm  tak pa lah wahai diri mungkin ini nasib anda..

saya terus sembunyikan perasan ini...tidak apalah biar Allah sahaja yang tahu..Perasaan?...

Perasaan itu makin menganggu...


sahabat baik ku pernah berkata ,kalau kita suka pada seseorang itu jangan terlalu memuji sampai tidak nampak satu kejahatannya dan kalau membenci..jangan sampai tidak nampak kebaikannya.


kami agak rapat kebelakangan ini tambahan dia telah bantu saya dalam kesulitan yang sangat besar..
Oleh itu,rakan-rakan ku perasan ,dan selalu melontarkan gosip yang liar..mungkin pada mula saya tidak nak layan benda -benda macam ni,tapi bila tiap-tiap kali  mereka gosip ..saya menjadi malu dan tidak tentu arah ..
dan mulalah syok sendiri...hmm x paper la saya ni...wake up la miss  Arale...Mr Wat Eva anda  sudah berpunya...

hari ni kami telah beramai -ramai hang out bersama -sama.. termasuklah Miss Arale and Mr Wat eva.

Nyah kau wahai perasaan yang tak menentu ni..sesungguhnya saya tak suka dan ia amat menjengkelkan..

(mulutbisaberbicarajarimampumenaipdenganlajutetapitidakmampumenipuhati)



No comments:

Post a Comment