"Jika kita merasakan diri kita malang atau serba kekurangan
ingatlah pasti ada yang lebih susah daripada kita"
Hidup di perantauan bukan lah sesuatu yang susah tetapi perlu bijak menyesuaikan diri ..ya.. Miss Arale berada di perantauan iaitu bumi kenyalang..tapi bukan itu yang ingin diceritakan...
manusia memang bersifat lemah...ada ketika..kita pasti akan mengeluh..dan mempersoalkan...kenapa?..kenapa...? kenapa?...
kenapa aku tidak bertuah seperti ....? kenapa aku tak kaya macam ........? kenapa aku tak dapat family macam.....?...selalu mempersoalkan...
Miss Arale juga pernah mempersoalkan semua itu...
tapi hari ini ..Miss Arale sedar bahawa ..kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada
Cerita ini diceritakan oleh Mak Cik yang Miss Arale bantu niagakan Nasi Lemak...
seperti biasa..selepas habis niaga..pasti banyak baki makanan yang tinggal..oleh itu anak mak cik ni akan bawa ke hostel untuk diberikan kepada rakan -rakannya....
Nasi kerabu terakhir diberikan kepada hostelmate di depan rumah nya..kelihatan rakan nya sedang bersiap untuk pulang...rumahnya jauh dari University dan terpaksa mengharungi sungai untuk sampai ke rumah..
anak mak cik tadi berilah nasi kerabu kepada rakannya itu..
" Makan lah nasi kerabu ni" anak mak cik
" Wah , nasi kerabu ...terima kasih... tak pa ..nanti saya nak bawa balik supaya dapat makan bersama dengan mak saya"
Hairan....
tidak disangka ...rakan anak mak cik tu orang susah rupanya...mak dia sakit..dan ayah nya terpaksa tidak pergi kerja untuk beberapa hari untuk menjaga ibunya...sumber mak cik tu lagi...gaji bapanya akan di potong RM30 sehari jika tidak bekerja ...bayang kan RM 700 ringgit untuk 3 bulan gaji...dalam ekonomi Malaysia yang sangat mencekik...
kegembiraan mendapat makanan yang lain daripada makanan bumi kenyalang ini..sangat memberi erti padanya...dan memberi kegembiraan yang ingin dikongsi bersama..
sanggup berlapar asalkan dapat makan bersama ibu nya....
*lets be grateful*
اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment